KEJAM!! Pasangan suami isteri dan seorang wanita
yang mengaku sebagai pengikut ajaran sesat telah melakukan suatu jenayah yang
tidak boleh diterima akal apabila membunuh 2 orang wanita serta menggunakan
cebisan daging mereka untuk membuat pai.
Ketiga-tiga mereka juga turut menjual
sebahagian daripada pai berkenaan yang didakwa mengandungi inti tuna dan ayam
kepada jiran dan beberapa premis termasuk sekolah di bandar Garanhuns.
Perbuatan kejam Jorge Beltrao Negromonte da
Silveira, Isabel Cristina Pires dan Bruna Cristina Oliveira yang dipercayai
perempuan simpanan Silveira terbongkar selepas mereka cuba menggunakan kad
kredit milik salah seorang daripada mangsa, April tahun lalu.
Susulan daripada itu, pihak Polis segera menyerbu
rumah mereka dan telah menjumpai sesuatu yang mengemparkan iaitu mayat dua
orang wanita dalam keadaan yang mengerikan dan tidak sempurna.
"Sebuah jurnal setebal 50 muka surut berjudul
Revelations of a Schizophrenic (Pendedahan penghidap skizofrenia) yang ditulis
Silveira turut ditemui ketika serbuan itu dilakukan," jelas jurucakap
polis.
Silveira turut mendedahkan semasa disoalsiasat
kononnya mereka adalah pengikut ajaran sesat yang melakukan 'penghapusan' di
dunia dalam usaha untuk mengurangkan populasi manusia.
Dia mendakwa sering mendengar suara selain obses
membunuh wanita.
Ketiga-tiga tertuduh mengaku memperdaya ramai wanita
ke rumah mereka dengan menjanjikan tawaran pekerjaan sebagai pengasuh antara
2008 dan 2012.
Mereka dihadapkan di mahkamah dan jika didapati
bersalah, ketiga-tiga tertuduh bakal dikenakan hukuman penjara 30 tahun.
Sumber:
dailymail
0 Komentar untuk "Pasangan Kanibal Kejam, Bunuh 2 Wanita, Buat Pai Guna Daging Mangsa dan Jual Kepada Sekolah."