Di Itali, ada sebuah perkampungan kecil,
Viganella, yang terletak betul-betul di bawah sebuah lembah yang dikelilingi
bukit bukau dan gunung ganang yang tinggi.
Masalah utama penduduknya ialah, dari pertengahan
bulan November hingga awal Februari iaitu musim sejuk, kampung ini akan jadi
gelap gelita kerana cahaya matahari tidak sampai ke kampung mereka.
Hanya selepas waktu tersebut, barulah penduduknya
akan menikmati cahaya matahari dan selalunya kehadiran sinaran itu akan
disambut meriah, mereka akan berpesta.
Pening dengan masalah tersebut, pelbagai usaha
dicari bagi mengatasi keadaan ini.
Tiba-tiba datang seorang arkitek, Giacomo Bonzani
ke kampung itu. Beliau melahirkan satu idea yang pelik tetapi akhirnya ia
didapati berkesan.
Bonzani telah meletakkan sebuah cermin gergasi di
satu sudut dekat pergunungan itu. Tujuannya bagi membolehkan cahaya matahari
yang terkena pada cermin tersebut, memantul semula ke kampung berkenaan.
Akhirnya kampung yang selalunya gelap pada musim
sejuk itu kembali menikmati cahaya matahari seperti sediakala.
Cermin gergasi itu bersaiz 40 kaki, lapan meter
lebar dan lima meter tinggi. Ia diletakkan kira-kira 870 meter di atas
perkampungan tersebut.
Bagi menambahkan lagi keberkesanan cermin itu, ia
dikawal dengan satu perisian. Perisian itu boleh mengesan matahari dan ‘memberi
arahan’ kepada panel cermin itu agar sentiasa menghalakan cahayanya ke bawah
kampung berkenaan.
Sejak cermin gergasi itu dipasang lima tahun lalu,
kampung berkenaan mula menjadi tumpuan ribuan pelancong yang mahu melihat
keunikkannya.
Menurut Bonzani, ketika dia mula-mula mengutarakan
idea tersebut, tiada siapa yang yakin tentang keberkesanannya.
Sumber - infoduniaaku.blogspot.com
0 Komentar untuk "Genius : "Viganella", Kampung Yang Mencipta 'Matahari' Sendiri"