Perkampungan Nagoro, Jepun pernah menjadi
perkampungan kepada beratus-ratus buah keluarga namun sekarang perkampungan
tersebut hanya mempunyai 35 orang penduduk dan kampung tersebut telah menjadi
seperti kampung hantu.
Nagoro merupakan salah satu daripada 10,000 bandar
dan kampung di Jepun yang semakin kosong akibat penghijrahan dan kematian.
Bagi mengisi kekosongan kawasan-kawasan pejabat
serta rumah yang ditinggalkan kosong tidak berlenghuni, salah seorang penduduk
Nagoro, Tsukimi, membuat patung daripada kain untuk menggantikan jiran-jirannya
yang telah meninggal dunia. Walaupun dia kini sudah berusia 65 tahun, namun dia
merupakan penduduk paling muda di Nagoro sekarang.
Tsukimi sebelum ini menetap di Osaka, namun telah
kembali semula ke kampungnya itu bagi menjaga bapanya. Namun bapanya itu telah
meninggal dunia kira-kira sedekad lalu.
“Bagi mengembalikan semula memori terhadap
jiran-jiran saya yang telah meninggal dunia, saya menghasilkan patung ini.
“Setiap patung mempunyai cerita tersendiri dan
mereka mengingatkan saya kepada masa lalu,’’ katanya.
Memandangkan tiada lagi kanak-kanak untuk
dibesarkan di Nagoro, maka sebuah sekolah terpaksa ditutup manakala
rumah-rumah, kedai dan jalan di situ turut ditutup.
Kini terdapat 100 anak patung yang dihasilkan oleh
Tsukimi yang diletakkan di sekitar Nagoro. Malah dia turut meletakkan satu anak
patung di sebelahnya ketika dia memandu, untuk dijadikan sebagai peneman.
Jika pergi menjelajah diseluruh kawasan Nagoroj,
anda akan melihat banyak patung-patung yang dibuat menyerupai saiz sebenar
manusia dengan pakaian yang agak lusuh. Ini begitu menakutkan seperti kampung
ini dihuni oleh hantu patung.
Sumber -
ejeninfo
0 Komentar untuk "SERAM!! Nagoro, Kampung "Berhantu" Yang Dipenuhi Patung Bersaiz Manusia."