Anda tidak perlu menjadi tersangat jahat atau
menjadi jelmaan syaitan untuk mempunyai tanduk dikepala atau dahi.
Di China
seorang lelaki Huang Yuanfan, 84, berkata bahawa dalam tempoh dua tahun yang
lalu, benjolan kecil di belakang kepalanya telah bertukar menjadi tanduk hampir
3 inci panjang. "Doktor mengatakan bahawa mereka tidak tahu apa yang
menyebabkan ia, tetapi jika mereka cuba untuk membuang tanduk tersebut ia akan
tumbuh kembali," katanya kepada media. "Saya cuba untuk
menyembunyikan di bawah topi, tetapi jika terlalu lama memakainya ia akan
melekat diatas kepala saya."
Huang Yuanfan, 84 |
Seorang lagi rakyat China yang mempunyai tanduk
ialah Zhang Ruifang, 101. telah diberitakan
bahawa tanduk kedua telah tumbuh didahinya manakala tanduk pertamanya
telah membesar hingga 2 ½ inci dan beliau menolak tawaran untuk membuang
tanduknya.
Zhang Ruifang, 101 |
China mempunyai ramai manusia yang bertanduk, pada
tahun 2007, Ma Zhong Nan 93 tahun yang mempunyai tanduk sepanjang 4 inci dan
semakin membesar diatas kepalanya telah meminta bantuan untuk membuangnya
disebabkan tidak selesa dan berasa sangat gatal.
Ma Zhong Nan 93 tahun |
Pada tahun yang sama, Xiou Ling 95 tahun menjadi
perhatian masyarakat kerana mempunyai tanduk sepanjang 6 ½ inci didahinya dan
bergulung kebawah mukanya.
Pada tahun 2006 seorang petani didaerah Xingyang,
China, Zhang Yuncai yang pada mulanya menyangka ketumbuhan dikepalanya adalah
jerawat sehingga benjolan tersebut semakin membesar sehingga 2 inci dan doktor
telah berjaya membuangnya secara percuma.
Zhang Yuncai |
Manusia bertanduk ini bukan sahaja berada di
negara China malah terdapat kes seumpama ini berlaku dinegara lain sebagai
contoh di Yemen dimana akhbar Yemen Observer telah melaporkan terdapat seorang
lelaki yang bernama Saleh Talib Saleh yang berumur 102 tahun mempunyai tanduk
disebelah kiri kepalanya yang mula tumbuh sejak ia berumur78 tahun.
Saleh Talib Saleh, 102 Tahun |
"Satu hari, saya telah menyentuh permukaan
kepala saya, saya merasakan satu lapisan yang sangat tebal dan keras diatas
kepala saya," Saleh memberitahu Observer. "Pada masa itu kita tidak
mempunyai institusi perubatan seperti yang kita ada hari ini, jadi saya
diabaikan dan tidak memberi tumpuan terlalu banyak pada kerana ia tidak
mengganggu saya pada ketika itu. Setiap minggu tanduk akan berkembang lebih
besar dan lebih keras".
“Ratusan pengunjung yang datang dari seluruh negara
dan berasa terkejut dan kagum apabila mereka melihat kebesaran Allah dan
penciptaanNya," kata Saleh.
Pada tahun 1930 seorang petani daripada Manchuria
dikhabarkan mempunyai tanduk sepanjang 13 inci dibelakang kepalanya dan kisah
beliau telah tayangkan didalam rancangan ‘Ripley's Believe It Or Not’.
Wang from Manchurian |
Jenis-jenis tanduk biasanya tanduk kulit, yang
terdiri daripada bahan yang sama yang ditemui di kuku, yang dipanggil keratin.
Walaupun pelik, tanduk tersebut tidaklah berbahaya kepada tuanpunyanya.
0 Komentar untuk "Kisah Benar - Manusia Bertanduk (Gambar & Video)."