PETALING JAYA: Seorang ahli farmasi yang berasal
dari Malaysia, menghadapi pertuduhan 'merogol seorang wanita menggunakan jari'
(digital rape) , ditangkap ketika cuba melarikan diri dari Australia, menurut
Herald Sun.
Suspek, Kuang King Tan telah menempah tiket sehala
selepas ditemubual oleh polis tetapi ditahan di Lapangan Terbang Melbourne dan
kemudian mengaku bersalah atas kesalahan itu.
King Tan telah didakwa menyerang mangsa berusia 22
tahun apabila wanita itu sedang mengambil preskripsi dari Union Pharmacy di
pusat bandar Melbourne.
King Tan menjemputnya ke pejabat dan meminta untuk
melihat ruam di atas perut, belakang dan bahagian sulitnya.
Dia didakwa merogol selepas wanita perempuan
melaporkan kejadian itu kepada doktor.
King Tan yang pernah bekerja di sebuah hospital di
Malaysia, memberitahu polis dia percaya doktor sering menetapkan ubat yang
salah dan sebagai seorang ahli farmasi dia perlu memeriksa pesakit.
Dia mendakwa bahawa dia telah dibenarkan untuk
membuat pemeriksaan bahagian payudara, punggung dan kemaluan pesakit perempuan.
Dia kemudiannya telah dijatuhkan hukuman enam
bulan penjara, 300 jam kerja-kerja kemasyarakatan yang belum dilaksanakannya
dan arahan pemulihan komuniti selama tiga tahun.
"Adalah jelas bahawa wanita itu sudah
tertekan dengan ruam di badan yang memalukan dirinya dan kemudian mengalami
trauma apabila anda 'secara digital' merogolnya," kata Hakim Frances Hogan
kepada King Tan.
Hogan berkata hukuman itu boleh dianggap sebagai
"salah satu yang luar biasa dan ringan oleh sesetengah orang bagi sesuatu
kesalahan serius seperti rogol", tetapi beberapa faktor telah diambil
kira.
Hakim menjelaskan bahawa ini adalah kerana King
Tan mengalami Gangguan Penyesuaian dengan kebimbangan dan kemurungan, mempunyai
ketidakmatangan sosial yang luar biasa dan tidak mempunyai pengetahuan seksual.
Sumber -
mStar Online
0 Komentar untuk "Rakyat Malaysia Dipenjara Di Melbourne Kerana 'Rogol Secara Digital’"