Hong Kong: Penyelidikan yang dijalankan oleh
sejarawan dan novelis Itali yang berpusat di sini, Angelo Paratico, menyebut
bahawa ibu Leonardo Da Vinci yang menjadi subjek dalam lukisan ‘Mona Lisa’
mungkin hamba dari China.
Hasil kajian Paratico selama dua tahun itu menjadi
asas untuk buku terbarunya, ‘Leonardo Da Vinci: A Chinese Scholar Lost in
Renaissance Italy’ (Leonardo Da Vinci: Kehilangan Cendekiawan China dalam Zaman
Pembaharuan Itali).
Daily Mail melaporkan, dalam buku yang akan
diterbitkan tahun depan itu, Paratico akan mendedahkan hubungan Da Vinci dengan
wilayah Timur Jauh.
Dia yang menghabiskan masa selama 20 tahun di Hong
Kong yakin pelukis itu berasal dari Asia.
“Saya yakin ibu Leonardo berasal dari Timur.
“Tetapi untuk memastikan dia berasal dari China,
kita perlu menggunakan kaedah deduktif,” katanya.
Paratico juga menekankan beberapa faktor lain yang
menunjukkan Da Vinci berketurunan Cina.
“Antaranya, dia menulis dari kiri ke kanan dengan
menggunakan tangan kiri dan juga vegetarian.
“Mona Lisa mungkin potret ibunya, seperti yang
dikatakan Sigmund Freud pada 1910. Lukisan itu berlatarbelakangkan China,
bahkan wajahnya juga mempunyai ciri-ciri wanita Cina,” kata Paratico. - AFP
0 Komentar untuk "Benarkah Mona Lisa Wanita China?"