Menurut laporan, seorang lelaki berusia 31 tahun
yang tidak mendedahkan namanya menulis dalam forum nasihat perkahwinan Jepun
dipanggil "Kikonsha No Hakaba" atau dalam Bahasa Malaysianya
"Makam Orang Sudah Berkahwin" bahawa isterinya mengugut untuk
meninggalkan beliau selepas beliau mengaku kepadanya bahawa dia tidak begitu
terpesona dengan filem animasi "Frozen" seperti isterinya.
"Jika anda tidak boleh memahami apa yang
menjadikan filem ini hebat, ada sesuatu yang tidak kena dengan anda sebagai
seorang manusia!" cerita lelaki itu apa yang diperkatakan isterinya
kepadanya.
Beliau mengatakan isterinya telah berpindah keluar
sejak persengketaan itu dan hanya akan berkomunikasi dengannya melalui ibu bapa
mereka.
Sumber -
ejeninfo
0 Komentar untuk "PELIK TAPI BENAR - Isteri Tuntut Cerai Daripada Suami Kerana Filem "Frozen"."