Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua Pemuda
UMNO, Khairy Jamaluddin membidas kritikan Naib Presiden Amerika Syarikat supaya
‘cermin diri’ sebelum mengkritik undang-undang yang dilaksanakan negara lain.
Tulisnya di laman Facebook peribadi, “Mengata
dulang paku serpih. Bukan main nak memberi ‘tekanan’ kepada orang lain, terlupa
nak tengok cermin.
Sebelum itu, Biden melalui laman Twitternya,
melahirkan kebimbangannya berkenaan ‘tekanan’ yang diberikan kepada pembangkang
di Malaysia dengan perlaksanaan Akta Hasutan dan undang-undang lain.
“Ketika pertumbuhan hubungan AS-Malaysia sedang
berkembang, kerajaan Malaysia menggunakan sistem undang-undang dan Akta Hasutan
untuk menekan pembangkang.
Tindakan itu menimbulkan kebimbangan terhadap
kedaulatan undang-undang,” tulis Biden.
Beliau kemudiannya berkata, rayuan Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan Malaysia peluang penting untuk
membetulkan keadaan dan menggalakkan keyakinan dalam demokrasi dan badan
kehakiman.
Khairy, dalam nada sarkastik, membalas tweet
tersebut dengan menulis, “penutupan Guantanamo akan meyakinkan Amerika meyakini
sistem demokrasi dan proses undang-undang.”
Kenyataan Khairy ini merujuk pada penjara yang
disifatkan sebagai penjara terkejam di dunia milik AS yang terletak di Teluk
Guantanamo. Tahanan di sini dilaporkan diseksa dan diperlakukan bagai binatang
manakala penghinaan agama termasuk terhadap al-Quran dilakukan sebagai salah
satu cara menyeksa mental tahanan muslim.
Sumber - MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Isu Anwar: KJ Balas Sindiran Naib Presiden AS Di Twitter"