Mangsa Culik Al-Qaeda Yaman Maut Ditembak


ADEN: Dua tebusan, masing-masing warga Amerika Syarikat (AS) dan Afrika Selatan ditembak mati oleh kumpulan militan Al-Qaeda Yaman selepas berlaku pertempuran dengan pasukan khas AS dalam operasi menyelamat mangsa.

Dalam pertempuran antara pasukan khas AS dengan anggota militan pada subuh itu, kedua-dua tebusan iaitu wartawan AS, Luke Somers dan Guru dari Afrika Selatan, Pierre Korkie sempat melarikan diri sebelum ditembak.

Kedua-dua mereka kemudian cuba diselamatkan oleh pasukan khas AS, bagaimanapun gagal apabila mengalami kecederaan serius.

Operasi menggempur kumpulan militan berkenaan dibuat selepas mendapat arahan daripada Presiden AS, Barack Obama berikutan rayuan mangsa menerusi satu rakaman.

Dalam rakaman itu, kumpulan penculik turut membuat permintaan terhadap Washington yang tidak didedahkan kepada umum.

Sementara itu, Naib Presiden AS Joe Biden memberitahu, serangan itu dilakukan secara terancang untuk menyelamatkan mangsa.

"Seramai lima anggota kumpulan militan dipercayai terkorban dalam usaha menyelamat mangsa culik itu," jelasnya.


Sumber - mStar Online
0 Komentar untuk "Mangsa Culik Al-Qaeda Yaman Maut Ditembak"

Close
 
Copyright © 2014 karyaagung - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info