KUALA LUMPUR 7 Dis. - Pasport Alvin Tan, penulis
blog yang menghina Islam dan mencaci Sultan Selangor, akan dibatalkan berikutan
tindakannya boleh menjejaskan hubungan antara kaum di negara ini.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad
Zahid Hamidi, tindakan membatalkan pasport milik penulis blog itu adalah
mengikut Akta Imigresen dan mungkin dilakukan esok.
Katanya, langkah itu bertepatan dengan tindakan
lelaki itu yang lari daripada undang-undang negara setelah melakukan pelbagai
kenyataan kontroversi yang mampu menjejaskan hubungan antara kaum.
“Semua harus maklum bahawa hak pemilikan pasport
merupakan milik negara, bukannya individu. Negara mempunyai kuasa untuk
membatalkan dokumen perjalanan tersebut. Kita mungkin membuat tindakan itu
secepat mungkin...mungkin Isnin ini,” katanya.
Sumber -
Utusan Online
0 Komentar untuk "Pasport Alvin Tan akan dibatalkan"