Perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Shah
Alam semalam antara Malaysia dan Vietnam menyaksikan Malaysia tewas
digelanggang sendiri dengan jaringan 1-2 kepada Vietnam.
Namun kekalahan
semalam tidak menjadi perbualan mulut media dan peminat tempatan kerana aksi
kekasaran segelintir penyokong Malaysia ke atas penyokong Vietnam menjadi
perbualan pada hari ini bukan sahaja di Malaysia malah dibeberapa negara Asean
seperti di Vietnam sendiri serta Singapura.
Insiden pergelutan itu berlaku pada minit-minit
akhir perlawanan ketika Vietnam sedang mendahului Malaysia dengan jaringan 2
gol berbalas 1. Insiden ini jelas memalukan Negara Malaysia yang seolah-olah
tidak dapat menerima kekalahan ke atas Vietnam sedangkan terdapat 90 minit lagi
masa di separuh akhir kedua yang akan diadakan di Vietnam.
Insiden ini juga mendapat respon segera daripada
Menteri Belia dan Sukan YB Khairy Jamaluddin yang berasa marah dan kecewa
dengan tindakan segelintir penyokong Malaysia. Beliau juga mahu tindakan tegas
dan segera diambil terhadap kumpulan yang tidak bertanggungjawab itu yang
menurutnya boleh memberi implikasi buruk kepada keselamatan penyokong skuad
negara di Hanoi nanti.
"Mereka yang tidak bertanggungjawab ini tak
terfikir pula apa boleh jadi pada penyokong kita yang akan pergi ke Hanoi,
Vietnam untuk perlawanan kedua.
"Bukankah tindakan mereka ini boleh dianggap
sebagai satu provokasi dan mengundang risiko keselamatan terhadap penyokong
Malaysia di Hanoi nanti.
"Saya akan minta kerjasama polis untuk siasat
kes ini dengan segera dan bertindak atas siasatan terbabit," katanya
seperti dipetik di laman sosial facebooknya, awal pagi tadi.
Oleh kerana penyokong ganas ini tidak akan memohon
maaf, beliau sendiri menyatakan permohonan maafnya kepada penyokong Vietnam
terutama mereka yang diserang di Stadium Shah Alam.
"Tindakan ganas segelintir fans Malaysia ini
tidak mewakili rakyat Malaysia yang sebenar," katanya.
Lihat beberapa keping gambar dan rakaman video
yang dikongsikan daripada laman web siakapkeli.com.my. Diharapkan mereka-mereka
yang mencemarkan sukan bola sepak tanahair dapat diambil tindakan sewajarnya
oleh Pihak Polis. Sudah sampai masanya mereka-mereka penyokong bola sepak yang
selalu menimbulkan kekecohan di stadium
dilarang untuk beberapa masa daripada menghadiri apa-apa perlawanan bola sepak
di tanah air serta negara luar. Sudah menjadi adatlah setiap perlawanan sukan
akan ada cemuh-mencemuh antara penyokong pasukan yang bertanding. Tetapi tidak
perlulah sampai kepada berlakunya kekasaran. Agak-agak kalau tidak boleh
dikutuk tengok bola depan TV dekat rumahlah.
Sumber -
ejeninfo
0 Komentar untuk "Rakaman Video dan Gambar Kekasaran Antara Penyokong Harimau Malaya dan Vietnam. (10 Gambar & Video)"