KUALA LUMPUR: Dollah Salleh berkata skuad Harimau
Malaya akan beraksi 200 peratus apabila menentang Vietnam dalam separuh akhir
pertama Piala AFF Suzuki, Ahad ini.
Ketua jurulatih skuad kebangsaan itu berkata
pemainnya tidak terasa sebarang tekanan kerana apa yang disasarkan adalah untuk
menang di Stadium Shah Alam nanti.
"Kami mahu menang dan membawa bekalan selesa
ke Hanoi untuk perlawanan kedua nanti," katanya di sidang media jurulatih
kedua-dua pasukan di Wisma FAM, petang ini.
Dollah berkata pasukan negara tewas kepada Vietnam
3-1 dalam perlawanan persahabatan sebelum Piala AFF tapi beranggapan pertemuan
kali ini pasti satu yang amat berbeza.
Sementara itu, ketua jurulatih Vietnam, Toshiya
Miura berkata pasukannya tidak akan tertekan berdepan Malaysia, Ahad ini.
"Pemain saya tiada tekanan apabila temu
Malaysia. Sasaran awal kami adalah layak ke separuh akhir kejohanan. Kami akan
memberi fokus dan bermain seperti biasa," katanya.
Sumber Berita
Harian
0 Komentar untuk "Berita Terkini - Piala AFF: Harimau akan beraksi 200 peratus - Dollah."