Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah |
SHAH ALAM 4 Dis. - Sultan Selangor, Sultan
Sharafuddin Idris Shah memutuskan untuk menarik balik gelaran Datuk Seri yang
diberikan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1992.
Pembatalan darjah kebesaran Seri Sultan Salahuddin
Abdul Aziz Shah (SSSA) itu berkuat kuasa pada 3 November lalu.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad
Munir Bani dalam satu kenyataan memberitahu, gelaran itu ditarik balik
berikutan tindakan dan perlakuan Ketua Pembangkang itu sejak akhir 2013 yang
mempersoalkan kuasa dan kewibawaan Sultan Selangor dan institusi raja dalam
menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar tahun ini.
Katanya, Anwar turut mempersoalkan hal-hal
berkaitan isu agama Islam yang mana Sultan Selangor mempunyai kuasa eksekutif
dan sebagai ketua agama seperti termaktub di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan
Selangor 1959.
“Tindakan dan perlakuan beliau adalah tidak lagi
sesuai untuk memegang darjah kebesaran itu,” katanya.
Selain pernah menerima darjah kebesaran dari
Selangor, Anwar juga telah menerima anugerah yang membawa gelaran yang sama
dari Perak, Pahang dan Negeri Sembilan.
Ketegangan dengan pihak istana bermula apabila
Sultan Sharafuddin ketika kemelut pelantikan menteri besar telah bertitah agar
Pas, PKR dan DAP mencadangkan lebih dua nama daripada parti masing-masing
sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu, untuk memudahkan baginda
menentukan calon yang berkelayakan untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim.
Anwar yang juga Penasihat PKR tetap dengan
keputusan menamakan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon
tunggal Menteri Besar Selangor yang baharu sebagai muktamad.
Macamana boleh jadi begini ?........ pening kepala aku memikirkannya |
Sementara itu, PKR dan DAP tetap berkeras
mencalonkan Wan Azizah untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor sebagai
Menteri Besar Selangor yang baharu.
Baginda amat berasa dukacita di atas tindakan DAP
dan PKR yang ingkar terhadap titah baginda bertarikh 27 Ogos lalu dan dalam
kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor ketika itu
menyatakan tindakan DAP dan PKR itu menggambarkan kebiadaban kepada institusi
raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada Sultan Selangor.
Selepas itu, baginda juga menegur Penasihat PKR
itu kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat dan mengelirukan berhubung
amalan menghantar satu nama calon menteri besar kepada Sultan sebagai amalan
sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.
Rentetan itu, pihak istana menerima surat yang
ditandatangani Anwar pada 10 Ogos lalu memohon untuk Wan Azizah menghadap
Sultan bagi memberi penjelasan dan penerangan keputusan yang diputuskan PKR,
namun baginda menolak pertemuan itu.
Sumber -
Utusan Online
0 Komentar untuk "Gelaran ‘Datuk Seri’ Anwar ditarik balik."